Seksyen Pendaftaran Kontraktor

Seksyen Pendaftaran Kontraktor

Objektif:

  • Memastikan semua permohonan pendaftaran kontraktor bekalan dan perkhidmatan dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak diuruskan secara teratur, telus dan tulus;
  • Memastikan syarikat-syarikat yang didaftarkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak adalah syarikat yang berupaya melaksanakan bekalan dan perkhidmatan kepada kerajaan dengan teratur, cekap dan berkesan;
  • Memastikan proses pendaftaran kontraktor bekalan dan perkhidmatan adalah yang terbaik dan paling menguntungkan (dari segi hasil, kos dan masa) kerajaan dan juga kontraktor; dan
  • Membantu menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui pendaftaran kontraktor.

Fungsi:

  • Memproses permohonan baru / pembaharuan / tambah bidang dan taraf Bumiputera bagi Bekalan dan Perkhidmatan;
  • Melawat syarikat yang memohon Taraf Bumiputera dan Taraf Pembuat;
  • Melakukan lawatan pemeriksaan (Pemutihan) ke atas syarikat-syarikat yang berdaftar;
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Pendaftaran Syarikat (JPS);
  • Menyediakan laporan pengesyoran bagi tindakan ke atas syarikat-syarikat yang melanggar peraturan pendaftaran; dan
  • Membekal maklumat pendaftaran syarikat kepada Agensi Kerajaan dalam bidang bekalan / perkhidmatan.

Pejabat Kami

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak

Telefon no

tel  082-421333 / 082-421755 / 082-425154

fax lama 082-424489

Emel

email pmswk@mof.gov.my

fblogo  instalogo  ytubelogo

Pengunjung

HarianHarian23
SemalamSemalam78
MingguanMingguan227
BulananBulanan551
JumlahJumlah3037

Pejabat Kami

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak
tel  082-421333 / 082-421755 / 082-425154

fax lama 082-424489