Soalan Lazim

Soalan Lazim

Carian Soalan Lazim:   

 Perolehan / kontrak Pusat / Tender

Berapakah had nilai Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Sarawak ?

Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Sarawak diberi kuasa untuk menimbang dan menyetuju terima tender kerja, bekalan dan perkhidmatan bernilai sehingga RM 30 juta.
(SPP 9/2009)

 

Pendaftaran Kontraktor / Syarikat / ePerolehan

Mengapakah saya perlu berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak melalui system ePerolehan?

Selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) dan Arahan Perbendaharaan (AP) 166.1, 166.2(i), 166.2(ix), 166.2(x), 184.2, 184.3 serta 1Pekeliling Perbendaharaan 1PP/PK5 dan 1PP/PK8, semua syarikat yang ingin berurusniaga dengan Kerajaan hendaklah berdaftar dengan MOF.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Modul Pengurusan Pembekal, Sistem ePerolehan di portal www.eperolehan.gov.my. MOF tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan pendaftaran dengan MOF. Selaras dengan hasrat Kerajaan supaya komuniti perniagaan celik ICT, adalah disarankan supaya permohonan untuk berdaftar dilakukan sendiri oleh syarikat dan bagi meningkatkan keselamatan maklumat, integriti dan tadbir urus korporat.

 
Mobile CTC / Program OutReach
Apakah itu Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC)?

Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC merupakan perkhidmatan bergerak yang menghimpunkan perkhidmatan utama mengikut keperluan tempatan serentak di satu lokasi yang dikenal pasti oleh agensi kerajaan.  Ia merupakan salah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang bertujuan memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama / tertentu (key touchpoint services) yang diperlukan kepada penduduk luar Bandar atau komuniti pedalaman.

Kenderaan / Sewaan Ruang Pejabat

Apakah prosedur permohonan kelulusan khas pembayaran sewa ruang pejabat tanpa Memorandum of Sublease (MOS)?

Selaras dengan perenggan 9 Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 2/2008, pendudukan di dalam bangunan hendaklah disertai dengan perjanjian dan ditandatangani sebelum memasuki bangunan.

Jabatan/Agensi Persekutuan hendaklah mengambil tindakan pelanjutan sewa ruang pejabat sedia ada sekurang-kurangnya enam (6) bulan lebih awal sebelum kontrak tamat bagi mengelakkan masalah pendudukan bangunan tanpa perjanjian.  Sebarang tindakan penyediaan perjanjian hendaklah sentiasa dipantau bagi mengelakkan kelewatan.

Bagi kes-kes yang menghadapi masalah munasabah untuk membuat pembayaran sewa ruang pejabat tanpa dokumen perjanjian atau Memorandum of Sublease (MOS), Jabatan/Agensi hendaklah mengemukakan permohonan ke PMSarawak dengan surat iringan Jabatan/Agensi dan disertakan maklumat-maklumat berikut:

  1. Justifikasi pembayaran tanpa dokumen perjanjian atau MOS;
  2. Salinan vot perbelanjaan mengurus tahun semasa di bawah OS24000;
  3. Kelulusan Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP) yang diurusetiakan oleh Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak;
  4. Surat Setuju Terima atau Surat Tawaran bagi sewa ruang pejabat;
  5. Dokumen lain yang membuktikan Jabatan/Agensi telah melaksanakan tindakan sewajarnya terhadap pelanjutan tersebut; dan
  6. Dokumen lain yang berkaitan.

Lawatan Pemantauan / Pengurusan Aset / Pengurusan Stor

Bolehkah sesebuah jabatan/ agensi memohon untuk mendapatkan lawatan khidmat nasihat berkenaan pematuhan dasar-dasar kewangan dari Perbendaharaan Malaysia Sarawak supaya jabatan/agensi dapat mempertingkatkan pengetahuan hasil daripada teguran dan khidmat

Jabatan/agensi boleh mendapatkan lawatan khidmat nasihat atau menjemput Perbendaharaan Malaysia Sarawak mengadakan taklimat atau lawatan pemantauan berkenaan pematuhan dasar-dasar kewangan.

Pejabat Kami

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak

Telefon no

tel  082-421333 / 082-421755 / 082-425154/ 082-425331

fax lama 082-424489

Emel

email pmswk@mof.gov.my

fblogo  instalogo  ytubelogo

Pengunjung

HarianHarian67
SemalamSemalam81
MingguanMingguan285
BulananBulanan1933
JumlahJumlah43653

Pejabat Kami

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak
tel  082-421333 / 082-421755 / 082-425154

fax lama 082-424489