Bagaimanakah tempoh sahlaku tender ditetapkan?

Tempoh sahlaku tender yang munasabah hendaklah ditetapkan dengan mengambilkira faktor-faktor berikut:

  1. Jangkamasa untuk menilai tawaran dari segi teknikal;
  2. Jangkamasa untuk menilai tawaran dari segi harga;
  3. Jangkamasa untuk menilai keupayaan petender;
  4. Jangkamasa untuk menyediakan laporan dan masa yang diperlukan untuk membuat keputusan bagi petender tersebut; dan
  5. Jangkamasa menyusuli keputusan dan mengeluarkan surat setujuterima.

(SPP 5/2007)

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 11:00 AM