Berapakah nilai bon pelaksanaan bagi kontrak bekalan/perkhidmatan? AP 176.2 (a)

Bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 kontraktor hendaklah mengemukakan bon pelaksanaan berjumlah dua setengah peratus (2.5%) daripada nilai kontrak itu. Bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang bernilai melebihi RM 500,000.00 bon pelaksanaan adalah lima peratus (5%) daripada nilai kontrak. Nilai bon adalah dikira bagi nilai anggaran harga kontrak bagi setahun sahaja.

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 11:01 AM