Pelupusan dan Kehilangan harta benda Kerajaan Persekutuan (asas pertimbangan, had, kaedah atau pelupusan)

Bagaimanakah Pelupusan dan Kehilangan harta benda Kerajaan Persekutuan dipertimbangkan. Apakah asas dan syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat pelupusan?

Berapakah had yang dibolehkan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa? Apakah kaedah-kaedah atau cara-cara pelupusan dan bagaimanakah ia dibuat ?

Rujukan : Akta Acara Kewangan 1957, di bawah Seksyen 17 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/94, 7/95, 8/95, 12/95 dan 9/97.

  • Pegawai Pengawal mempunyai kuasa untuk membuat pelupusan untuk nilai Perolehan Aset yang tidak melebihi RM 20,000.00 untuk satu unit barang atau keseluruhan unit item perolehan bernilai RM 500,000.00.
  • Perolehan melebihi nilaian di atas diwajibkan melalui Lembaga Pemeriksa.
  • Borang Kew. 300V perlu digunakan.
  • Cara Pelupusan dapat dilakukan melalui Penjualan (Tender, Sebutharga, Lelong, Tukarbeli, Kontrak Pusat), pindaan, hadiah, tanam, bakar, buang dan menenggelamkan.

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:50 AM