Apakah prosedur permohonan kelulusan khas pembayaran sewa ruang pejabat tanpa Memorandum of Sublease (MOS)?

Selaras dengan perenggan 9 Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 2/2008,  pendudukan di dalam bangunan hendaklah disertai dengan perjanjian dan ditandatangani sebelum memasuki bangunan.   

Jabatan/Agensi Persekutuan hendaklah mengambil tindakan pelanjutan sewa ruang pejabat sedia ada sekurang-kurangnya enam (6) bulan lebih awal sebelum kontrak tamat bagi mengelakkan masalah pendudukan bangunan tanpa perjanjian.  Sebarang tindakan penyediaan perjanjian hendaklah sentiasa dipantau bagi mengelakkan kelewatan.

Bagi kes-kes yang menghadapi masalah munasabah untuk membuat pembayaran sewa bangunan tanpa MOS,  Jabatan/Agensi hendaklah mengemukakan permohonan ke PMSawarak dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut :

  1. Justifikasi pembayaran tanpa MOS;
  2. Salinan vot perbelanjaan mengurus tahun semasa;
  3. Kelulusan Jawatankuasa Penyewaan Ruang Pejabat (JRP) yang diurusetiakan oleh Pejabat Setiausaha     Persekutuan Sarawak;
  4. Dokumen lain yang membuktikan Jabatan/Agensi telah melaksanakan tindakan sewajarnya terhadap pelanjutan     tersebut; dan
  5. Dokumen lain yang berkaitan.

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:52 AM