Memberi bimbingan dan membuat penambahbaikan pengurusan kewangan Jabatan Persekutuan di daerah-daerah kecil di Sarawak yang lemah dalam perkara-perkara tersebut.
Memberi kesedaran kepada semua Ketua Jabatan, Penolong Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan [terutama ketua atau penolong pusat tanggungjawab (PTJ)] berhubung prosedur pengurusan kewangan jabatan.
Mengurangkan kes ketidakpatuhan terhadap tatacara dan prosedur kewangan serta mempertingkatkan kesedaran tentang pentingnya integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan.