Seksyen Perolehan

Objektif:

  • Menentu dan memastikan bahawa setiap perolehan Kerajaan memberikan nilai harga yang terbaik, berpatutan dan menguntungkan dari segi kualiti, kuantiti dan masa;
  • Menentu dan memastikan bahawa setiap perolehan Kerajaan diurus dengan cekap dan berkesan secara teratur, telus dan tulus;
  • Menentu dan memastikan bahawa pengurusan perolehan Kerajaan dapat membantu membangunkan pertumbuhan dan perkembangan industri tempatan dan mengalakkan peningkatan penggunaan sumber tempatan;
  • Menentu dan memastikan bahawa pengurusan perolehan menjadi wadah (means) dalam mencapai dasar-dasar Kerajaan; dan
  • Memastikan pengurusan Kontrak Pusat Perbendaharaan MalaysiaSarawak (PMS) diuruskan mengikut tatacara perolehan yang berkuatkuasa secara sistematik dan cekap.

Fungsi:

  • Mengurus Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak;
  • Memproses permohonan baru bagi kontrak pusat secara rundingan terus;
  • Memproses perlanjutan kontrak pusat secara rundingan terus;
  • Memproses kontrak pusat secara tender;
  • Melakukan pemantauan ke atas syarikat kontrak pusat;
  • Mengadakan dialog secara berkala dengan kontraktor kontrak pusat;
  • Menyelesaikan aduan kontrak pusat; dan
  • Mengkaji dan menimbang permohonan pengecualian perolehan luar kontrak pusat.

Terakhir Dikemaskini: Wednesday, 16th March 2016 at 11:22 AM