Seksyen Khidmat Korporat

Objektif:

Untuk memastikan peruntukan jabatan dibelanjakan dengan cermat dan berhemah mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan serta memastikan pengurusan perkhidmatan kepada pegawai dan anggota Jabatan dikendalikan dengan teratur.

Fungsi:

  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran am, perkhidmatan sumber manusia dan belanjawan Jabatan;
  • Menguruskan program-program kecemerlangan pengurusan kewangan bagi Jabatan dan Agensi Persekutuan di Sarawak;
  • Menimbang permohonan pembayaran di bawah AP 58(a) oleh Jabatan/Agensi Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan di Sarawak;
  • Menimbang permohonan khas kelewatan pembayaran dividen KWSP;
  • Menimbang permohonan penggunaan kelas penerbangan melebihi kelayakan;
  • Menimbang permohonan kelulusan khas pembayaran sewa ruang pejabat tanpa Memorandum of Sublease (MOS); dan
  • Menyediakan perkhidmatan kenderaan gunasama kepada pegawai-pegawai kanan dari Semenanjung Malaysia dan Sabah untuk tujuan rasmi.

Terakhir Dikemaskini: Wednesday, 23rd September 2015 at 7:15 AM