PIAGAM PELANGGAN |
Seksyen Khidmat Korporat
|
- Menimbang permohonan lengkap pembayaran yang memerlukan kebenaran khas di bawah Arahan Perbendaharaan AP58(a) yang dikuiri oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Sarawak dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menimbang permohonan lengkap pembayaran khas Sewaan Ruang Pejabat tanpa Kontrak Perjanjian atau Memorandum of Sublease (MOS) dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menimbang permohonan lengkap Membawa Kenderaan Bukan Milik Atas Nama Sendiri dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menimbang permohonan lengkap pembayaran Dividen KWSP dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menimbang permohonan lengkap Pulangan Balik Hasil AP87(b) bagi amaun melebihi RM50,000.00 dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memproses kelulusan permohonan Kenderaan Gunasama Persekutuan dalam tempoh 24 jam daripada tempoh menerima permohonan lengkap.
|
Seksyen Perolehan Kerajaan |
- Mengemukakan Surat keputusan Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak kepada Jabatan/Agensi berkaitan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
- Mengeluarkan Pekeliling Kontrak Pusat PMS dalam tempoh satu (1) minggu selepas bon pelaksanaan dikemukakan oleh syarikat.
- Mempamerkan Jadual Harga Tender di papan notis PMS atau dalam laman web AgensiĀ dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah selesai penilaian JK Pembuka.
|
Seksyen Pendaftaran Kontraktor |
- Kelulusan bagi permohonan baharu, pembaharuan dan tambah bidang yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Kelulusan bagi permohonan kemaskini profil yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Kelulusan permohonan Taraf Bumiputera, Taraf Pembuat dan Bidang Khas dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh balik lawatan.
|
Seksyen Kawalan Pemantauan |
- Mengeluarkan laporan teguran ketidakpatuhan tatacara dan prosedur kewangan berdasarkan kepada hasil lawatan ke Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dalam tempoh 14 hari dari tarikh balik dari lawatan.
- Menyediakan Laporan Penilaian Prestasi syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (tidak termasuk kontrak pusat) setiap tiga (3) bulan.
- Melaksanakan lawatan susulan dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh lawatan pertama bagi memastikan Jabatan/Agensi Persekutuan membuat penambahbaikan hasil teguran daripada lawatan pertama.
|
Seksyen Khidmat Nasihat |
- Laporan Mobile Community Services disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pelaksanaan setiap program.
- Statistik dan laporan Mobile Community Services dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sebelum 5 haribulan setiap bulan.
|
|