PMSarawak Client’s Charter 2019

PIAGAM PELANGGAN
Seksyen Khidmat Korporat
  1. Menimbang permohonan lengkap pembayaran yang memerlukan kebenaran khas di bawah Arahan Perbendaharaan AP58(a) yang dikuiri oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Sarawak dalam tempoh 3 hari bekerja.
  2. Menimbang permohonan lengkap pembayaran khas Sewaan Ruang Pejabat tanpa Kontrak Perjanjian atau Memorandum of Sublease (MOS) dalam tempoh 3 hari bekerja.
  1. Menimbang permohonan lengkap Membawa Kenderaan Bukan Milik Atas Nama Sendiri dalam tempoh 3 hari bekerja.
  2. Menimbang permohonan lengkap pembayaran Dividen KWSP dalam tempoh 3 hari bekerja.
  3. Menimbang permohonan lengkap Pulangan Balik Hasil AP87(b) bagi amaun melebihi RM50,000.00 dalam tempoh 3 hari bekerja.
  4. Memproses kelulusan permohonan Kenderaan Gunasama Persekutuan dalam tempoh 24 jam daripada tempoh menerima permohonan lengkap.
Seksyen Perolehan Kerajaan
  1. Mengemukakan Surat keputusan Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak kepada Jabatan/Agensi berkaitan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
  2. Mengeluarkan Pekeliling Kontrak Pusat PMS dalam tempoh satu (1) minggu selepas bon pelaksanaan dikemukakan oleh syarikat.
  3. Mempamerkan Jadual Harga Tender di papan notis PMS atau dalam laman web AgensiĀ  dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah selesai penilaian JK Pembuka.
Seksyen Pendaftaran Kontraktor
  1. Kelulusan bagi permohonan baharu, pembaharuan dan tambah bidang yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  2. Kelulusan bagi permohonan kemaskini profil yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  3. Kelulusan permohonan Taraf Bumiputera, Taraf Pembuat dan Bidang Khas dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh balik lawatan.
Seksyen Kawalan Pemantauan
  1. Mengeluarkan laporan teguran ketidakpatuhan tatacara dan prosedur kewangan berdasarkan kepada hasil lawatan ke Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dalam tempoh 14 hari dari tarikh balik dari lawatan.
  2. Menyediakan Laporan Penilaian Prestasi syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (tidak termasuk kontrak pusat) setiap tiga (3) bulan.
  3. Melaksanakan lawatan susulan dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh lawatan pertama bagi memastikan Jabatan/Agensi Persekutuan membuat penambahbaikan hasil teguran daripada lawatan pertama.

Seksyen Khidmat Nasihat
  1. Laporan Mobile Community Services disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pelaksanaan setiap program.
  2. Statistik dan laporan Mobile Community Services dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sebelum 5 haribulan setiap bulan.

 

Last Modified: Thursday, 15th August 2019 at 10:16 PM