Piagam Pelanggan PMSarawak 2017

Bil Piagam Pelanggan
1 Unit Kewangan dan Khidmat Pengurusan
1.1 mengeluarkan surat kelulusan kepada permohonan AP 58(a) yang diterima lengkap dalam tempoh 3 hari bekerja.
1.2 Memproses kelulusan permohonan kenderaan gunasama dalam tempoh 24 jam daripada tempoh menerima permohonan.
2 Unit Perolehan Kerajaan
2.1 Surat keputusan Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak akan dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
2.2 Pekeliling dikeluarkan dalam tempoh satu (1) minggu selepas bon pelaksanaan dikemukakan oleh syarikat.
2.3 Memproses dan mempertimbangkan permohonan yang tidak mematuhi tatacara perolehan (kontrak pusat sahaja) dalam tempoh 7 hari tertakluk kepada justifikasi permohonan dan permohonan lengkap.
3 Unit Pendaftaran Kontraktor
3.1 Surat kelulusan permohonan Taraf Bumiputera, Taraf Pembuat dan Bidang Khas dikeluarkan  dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh balik lawatan.
3.2 Surat kelulusan bagi pemohonan tambah bidang biasa yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
3.3 Kelulusan bagi permohonan pendaftaran syarikat baru yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
3.4 Kelulusan bagi permohonan pembaharuan yang lengkap dan memenuhi syarat pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
4 Unit Kawalan Pemantauan
4.1 Mengeluarkan laporan teguran ketidakpatuhan tatacara dan prosedur kewangan berdasarkan kepada hasil lawatan ke Jabatan Persekutuan di Negeri Sarawak dalam tempoh 14 hari dari tarikh balik dari lawatan
4.2 Menyediakan Laporan Penilaian Prestasi syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan ( tidak termasuk kontrak pusat) setiap tiga (3) bulan.
4.3 Melaksanakan lawatan susulan dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh lawatan pertama bagi memastikan Jabatan/Agensi Persekutuan membuat penambahbaikan hasil teguran daripada lawatan pertama.
4.4 Memproses dan mempertimbangkan permohonan yang tidak mematuhi tatarcara perolehan (selain kontrak pusat) dalam tempoh tujuh (7) hari tertakluk kepada justifikasi pemohon.
5 Seksyen Khidmat Nasihat
5.1 Laporan Mobile CTC disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pelaksanaan setiap program;
5.2 Statistik dan laporan Mobile CTC dikemukakan kepada Kementerian Kewangan sebelum 5 haribulan setiap bulan.

 

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 1st August 2017 at 11:43 AM