Perutusan Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak

Bismillahirahmanirahim; Assalamualaikum w.b.t.
Selamat datang ke laman web rasmi Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Perbendaharaan Malaysia Sarawak merupakan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab memastikan semua Jabatan, Agensi dan Badan-badan Berkanun Persekutuan di Sarawak mematuhi tatacara dan dasar-dasar kewangan yang terkini. Ini adalah selaras dengan Misi Perbendaharaan Malaysia Sarawak untuk mencapai pengurusan kewangan yang efisien dan berhemat serta memastikan penggunaan sumber kewangan secara optimum.

Kewujudan laman web ini membolehkan pelanggan Perbendaharaan Malaysia Sarawak mengakses maklumat dengan lebih mudah dan cepat. Maklumat yang terdapat di laman web ini merangkumi organisasi, Surat Pekeliling Kontrak Pusat Perbendaharaan Malaysia Sarawak, Surat Pekeliling Perbendaharaan Malaysia Sarawak, tarikh tutup tender, tarikh Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan, senarai item dan syarikat kontrak pusat serta maklumat lain yang berkaitan. Di samping itu, pengguna juga boleh memuat turun (download) borang yang digunakan dalam urusan pendaftaran syarikat iaitu borang permohonan pendaftaran kontraktor, borang permohonan tambah bidang dan borang permohonan taraf Bumiputera.

Selamat melayari laman web Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Wassalam.

Yang Berusaha. En. Mohd Saiful Sungkih Bin Abdullah
Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak

Terakhir Dikemaskini: Friday, 20th January 2017 at 7:28 AM