Had nilai bagi setiap jenis perolehan:
- Panjar wang runcit
- Tidak melebihi RM500.00 bagi setiap pembelian.
- Pembelian terus
- Bekalan / Pekhidmatan – tidak melebihi RM 50,000.00 setahun bagi setiap jenis item. (SPP12/2007) dan AP173.1
- Kerja – tidak melebihi RM 20,000.00 (SPP5/2009)
- Sebut harga. (SPP. 5/2009)
- Bekalan / Perkhidmatan bernilai RM50,000.00 hingga RM 100,000.00 hendaklah dipelawa kepada sekurang-kurangnya lima (5) syarikat bertaraf Bumiputera, berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan
- Bekalan / Perkhidmatan bernilai lebih RM100,000.00 hingga RM500,000.00 hendaklah dipelawa kepada sekurang-kurangnya lima (5) syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang berkaitan dan terbuka kepada syarikat bertaraf Bumiputera dan Bukan Bumiputera
- Kerja – bernilai antara RM 20,000.00 hingga RM 200,000.00 hendaklah dipelawa kepada sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK dan CIDB dalam gred yang berkenaan
- Kerja – bernilai antara lebih RM200,000.00 hingga RM500,000.00 hendaklah dipelawa kepada sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor kelas E yang berdaftar dengan PKK dan CIDB dalam gred yang berkenaan. (AP180.2 d) (SPP 5/2009 Lampiran 2)
- Kerja Eletkrik – bernilai sehingga RM 50,000.00
- Kerja Elektrik yang bernilai sehingga RM 100,000.00 wajib ditawarkan kepada Kontraktor Bumiputera. (AP179.2 c) (SPP 5/2009 Lampiran 2)
- Tender
- Bekalan perkhidmatan dan kerja melebihi RM 500,000.00 (SPP 5/2007)