Bolehkan pembelian item kontrak pusat dibuat dengan pembekal selain kontrak pusat sekiranya perolehan dibuat dalam kuantiti yang sedikit sahaja?

Perbendaharaan adalah agensi yang bertanggungjawab mewujudkan kontrak pusat dan agensi dan Jabatan persekutuan wajib mematuhi peraturan ini. Namun demikian Perbendaharaan boleh mempertimbangkan permohonan  Jabatan-Jabatan yang mempunyai  justifikasi yang kukuh untuk membuat perolehan di luar kontrak pusat. Jabatan-jabatan dinasihatkan untuk membaca dan memahami setiap Surat Pekeliling Kontrak Perbendaharaan bagi item yang dikeluarkan kerana terdapat klausa yang berlainan bagi setiap jenis item kontrak pusat.

Sebagai Contoh, bagi perolehan kasut, jelas dinyatakan dalam klausa 7 bagi pesanan kurang dari 5 pasang, jabatan boleh membuat perolehan dengan mana-mana pembekal samada berdaftar atau tidak.

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 11:03 AM