Apakah komponen utama yang terdapat dalam Mobile CTC?

Mobile CTC merangkumi 5 komponen utama iaitu:

  1. Menyediakan perkhidmatan (membuat kad pengenalan, memperbaharui lesen, pendaftaran pengundi, pemeriksaan kesihatan)
  2. Menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan ketika program berlangsung (pendaftaran syarikat, pendaftaran Commerce DotCom dan e-Perolehan, khidmat nasihat perniagaan, berniaga secara sampingan ketika program Mobile CTC dalam bentuk gerai jualan)
  3. Menghimpunkan rakyat pelbagai peringkat dan kaum untuk bersukan, bersosial dan bersukarelawan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat (senamrobik, sukaneka, sukan rakyat, pentas rakyat, dan cabutan bertuah)
  4. Menyediakan platform untuk membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasaran kemudahan pinjaman, bantuan perniagaan, bantuan ibu tunggal dan warga emas)
  5. Memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan melalui kementerian dan agensi kerajaan (perkhidmatan kesihatan, membendung rasuah, perancangan keluarga, membendung gejala negatif seperti ketagihan dadah).

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:53 AM