Apakah dokumen yang perlu disediakan oleh pihak jabatan/agensi jika Perbendaharaan Malaysia Sarawak ingin membuat lawatan pemantauan ke jabatan/ agensi?

Skop lawatan pemantauan di jabatan/ agensi adalah meliputi pematuhan ke atas Prosedur Kewangan, Tatacara Pengurusan Perolehan, Aset dan Stor yang sedang berkuatkuasa. Dokumen yang perlu disediakan ialah:

  • Surat penurunan kuasa penyediaan dokumen kewangan/ pungutan hasil;
  • Surat pelantikan Jawatankuasa Sebut Harga;
  • Dokumen-dokumen sebut harga;
  • Laporan-laporan kontrak;
  • Baucer bayaran;
  • Buku Vot Manual atau Buku Vot Elektronik (Laporan BV381)
  • Daftar Bil Manual atau Daftar Bil Elektronik (Laporan BV340)
  • Laporan Terperinci (Flimsi) JAN
  • Penyata penyesuaian Vot, Amanah dan Hasil (manual) atau Laporan Penyesuaian Vot eSpkb (BV500-505)
  • Buku Kaunterfoil Kira-Kira Stok (Kew67)
  • Buku Resit rasmi (Kew.38) yang sedang digunakan
  • Buku Tunai Cerakinan
  • Penyata Pemungut
  • Penyata Kira-Kira Diserah untuk Diaudit
  • Buku Panjar Wang Runcit
  • Buku Rekod Setem
  • Dokumen Kew-PA dan Kew-PS seperti yang tersenarai dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:50 AM