Adakah Jabatan perlu mendapatkan kelulusan Perbendaharaan bagi penyediaan kemudahan secara pakej melalui penggunaan Pesanan Tempatan bagi program rasmi Jabatan seperti konvensyen, seminar, bengkel, persidangan dan mesyuarat di luar pejabat?

Jabatan tidak perlu mendapatkan kelulusan Perbendaharaan bagi tujuan tersebut dengan syarat, Jabatan menguruskan sendiri pakej tersebut dan tidak menggunakan khidmat event manager atau travel agent Jabatan hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Pegawai Pengawal.

Bagi penganjuran program rasmi jabatan, permohonan untuk menyediakan penginapan secara pekej telah diturunkan kuasa kepada Pegawai Pengawal jabatan/agensi masing-masing.

Sila rujuk Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) Ruj : KK/BP/DS10/673/11(s.k.1/2008) (16) bertarikh 28 Februari 2009. – Penurunan Kuasa Kepada Pegawai Pengawal Untuk Meluluskan Penyediaan Kemudahan Secara Pakej Bagi Penganjuran Program Rasmi Jabatan Atau Semasa Pegawai Bertugas Rasmi/Berkursus Dalam Negara. (muat turun)

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:51 AM