Permohonan membawa kenderaan milik pasangan ke tempat bertugas baru

Bagi urusan pertimbangan membawa kenderaan bukan milik sendiri, setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. Cover letter Jabatan;
  2. Permohonan daripada pegawai untuk membawa kenderaan kepada Ketua Jabatan;
  3. Surat kebenaran kepada pemohon daripada pemilik untuk membawa kenderaan milik beliau ke tempat bertugas baru;
  4. Salinan kad pengenalan pemohon;
  5. Salinan kad pengenalan pemilik kenderaan;
  6. Surat nikah;
  7. Surat arahan pertukaran penempatan; dan
  8. Salinan Perakuan Pendaftaran (Hakmilik) Kenderaan.

Adalah dimaklumkan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam dibenarkan untuk membuat tuntutan ke atas sebuah kenderaan sahaja sama ada milik sendiri atau pasangan. Pemohon yang telah membuat tuntutan ke atas kenderaan milik sendiri adalah tidak layak untuk kelulusan membawa kenderaan kedua.   Pihak pemohon hendaklah membuat pengesahan bahawa pemohon tidak memohon untuk membawa kenderaan atas nama sendiri dalam tuntutan yang sama.

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:52 AM