Pengumuman Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac Hingga 31 Mac 2020

Pengumuman

Berikutan perutusan khas daripada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yasin, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 di mana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, Perbendaharaan Malaysia Sarawak yang berupakan agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia adalah merupakan salah satu agensi kritikal yang akan beroperasi seperti biasa dalam tempoh tersebut.

Walaubagaimanapun, mohon kerjasama semua pihak untuk mematuhi langkah-langkah berkaitan pencegahan penularan Covid-19 semasa berurusan dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.

Sekian, terima kasih.

Terakhir Dikemaskini: Friday, 20th March 2020 at 3:19 PM