Apakah dokumen yang diperlukan bagi pertimbangan pembayaran di bawah AP58(a) bagi perolehan yang dibuat pada tahun 2013? (Tahun semasa : 2014)

Agihan peruntukan dan perbelanjaan sesuatu Jabatan/Agensi Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Pengawal/pegawai yang mendapat penurunan kuasa bertulis oleh Pegawai Pengawal.    Jabatan/Agensi yang menggunakan peruntukan tahun semasa untuk membuat pembayaran di bawah AP58(a) hendaklah mendapatkan perakuan Pegawai Pengawal/Pegawai yang diberi kuasa terlebih dahulu untuk menggunakan peruntukan tahun semasa bagi pembayaran di bawah AP58 (a).
Permohonan lengkap hendaklah dikemukakan ke PM Sarawak setelah kelulusan Pegawai Pengawal diperolehi dengan menyertakan bersama-sama salinan dokumen berikut :

  1. Justifikasi kelewatan yang berlaku;
  2. Laporan Bulanan Vot Mengurus bagi Bulan Berakhir Januari (AKB) bagi Tahun Kewangan perkhidmatan dilaksanakan;
  3. Laporan Bulanan Vot Mengurus bulan semasa bagi Tahun Kewangan Semasa;
  4. Sijil AP58(a);
  5. Perakuan Pegawai Pengawal/Pegawai yang diberi kuasa; dan
  6. Salinan bil/invois yang berkaitan.

Sijil AP58(a) (muat turun)

Senarai Semak AP58(a) (muat turun)

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:52 AM