Apakah dokumen yang diperlukan bagi pertimbangan pembayaran di bawah AP58(a) bagi perolehan yang dibuat pada tahun 2010? (Tahun semasa : 2014)

Permohonan AP58(a) bagi tahun 2010 (melebihi setahun dari tahun semasa) hendaklah dikemukakan ke Kementerian Kewangan melalui Pegawai Pengawal masing-masing berserta dokumen lengkap kepada :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
(Bahagian Pengurusan Belanjawan)
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan 
62592 WP PUTRAJAYA                    
No Faks : 03 – 88823817

Sila pastikan Jabatan/Agensi mengemukakan Sijil 58(a) berserta maklumat lengkap berikut :

  1. Perkara yang hendak dibuat pembayaran
  2. Amaun yang terlibat.
  3. Tahun yang terlibat dalam pembayaran.
  4. Pihak yang patut menerima bayaran.
  5. Baki peruntukan tahunan pembayaran bagi pecahan kepala berkenaan.
  6. Baki peruntukan tahun semasa bagi pecahan kepala berkenaan
  7. Nombor bil, invois atau lain-lain.
  8. Tarikh sebenar bil, inbois dan lain-lain dokumen.
  9. Sebab-sebab kelewatan mengemukakan dan membuat pembayaran.
  10. Salinan bil, invois atau lain-lain dokumen.
  11. Salinan surat atau dokumen sebagai bukti.
  12. Nama dan jawatan pegawai yang bertanggunjawab atas kelewatan bayaran.
  13. Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen lain yang difikirkan ada kaitan

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:52 AM