Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan kebenaran menuntut bayaran balik wang saku melebihi 18 bulan (AP327(b))?

Adalah dimaklumkan, bagi mendapatkan kelulusan potongan bayaran balik bagi gaji dan elaun yang terlebih bayar secara ansuran melebihi 18 bulan selaras dengan AP327(b), Jabatan/Agensi Persekutuan adalah dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian  Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan melalui Pegawai Pengawal, bersama dokumen-dokumen berikut:

  1. Surat iringan permohonan melalui Ketua Jabatan;
  2.  Lima (5) salinan Borang Kew.106 yang lengkap :-
    1. ditandatangani  oleh Ketua Jabatan;
    2. dicatat amaun yang dipohon; dan
    3. dicatat nama pegawai, nombor kad pengenalan, nombor gaji dan tarikh persaraan wajib;
  3. Jadual pengiraan gaji/emolumen terlebih bayar;
  4. Surat dari pemohon bersetuju untuk membayar balik secara ansuran bulanan (nyatakan tempoh bayaran); dan
  5. Slip Gaji terkini.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut melalui Pegawai Pengawal untuk pertimbangan dan kelulusan:
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
(Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan)
Kementerian Kewangan Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 5 Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 WP PUTRAJAYA        
No Faks : 03-88824327

Terakhir Dikemaskini: Tuesday, 9th August 2016 at 10:52 AM