Adakah setiap permohonan pelanjutan sewa ruang pejabat perlu mendapat kelulusan Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan?

Bagi memudahkan pengurusan permohonan pelanjutan sewaan ruang pejabat, Perbendaharaan Malaysia telah menetapkan supaya :

  • Permohonan pelanjutan sewa ruang pejabat dengan kenaikan peratus tepat dan melebihi 10%   DAN kenaikan harga tepat dan melebihi RM300.00 perlu mendapatkan kelulusan Perbendaharaan Malaysia; dan
  • Permohonan pelanjutan sewa ruang pejabat dengan kenaikan peratus tidak melebihi 10% ATAU kenaikan harga tidak melebihi RM300.00 tidak perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

Sila rujuk :

Penambahbaikan Keperluan Kelulusan Kementerian Kewangan Bagi Permohonan Perlanjutan Sewa Ruang Pejabat Melebihi Sepuluh (10%) Daripada Kos Sewaan Semasa (muat turun)

Terakhir Dikemaskini: Thursday, 19th September 2019 at 10:50 PM