Cadangan Bajet 2017

Pasukan Bajet 2017, Kementerian Kewangan sedang dalam proses penyediaan Bajet Tahunan bagi tahun 2017 yang dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Oktober 2016.  Penyediaan Bajet 2017 akan merangkumi segala aspek kehidupan rakyat Malaysia.  Kami amat mengalu-alukan cadangan/input/inisiatif/touch point yang memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia untuk dijadikan bahan utama dalam Bajet 2017.  Semua cadangan/ input/intisari/touch point boleh dikemukakan melalui emel bajet2017@treasury.gov.my atau pro@treasury.gov.my atau facebook Kementerian Kewangan atau twitter MOFMalaysia atau fanpage Bajet Tahunan

Terakhir Dikemaskini: Monday, 31st October 2016 at 12:57 PM